RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan
secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun,
berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius
seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma.
Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun
dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila
lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan
berganda.
Lymphocytes adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh
menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian
saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem
imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang
membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh
tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.
Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma
mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan.
Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa
atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk
kelompok sel yang dipanggil tumor.
Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.

Dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu
faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus
limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali
sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas.
Leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada
peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak
leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.
Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak
di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal
pada kulit.
Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak, sehingga kini, banyak kes lymphoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.

Bagaimanapun, keadaan dan karakter tertentu mampu mempertingkatkan risiko penyakit ini. Antaranya keadaan yang melemahkan sistem imun termasuk rheumatoid arthritis, psoriasis dan HIV dan AIDS. Selain itu, kecelaruan imun yang diwarisi seperti hypogammaglobulinemia atau sindrom Wiskott-Aldrich, jangkitan lalu seperti virus Epstein-Barr serta pemindahan organ yang membabitkan pengambilan dadah yang melemahkan sistem imun, usia, bangsa dan jantina.
Ini termasuk individu
yang memiliki sejarah keluarga penghidap lymphoma dan pernah menjalani
rawatan untuk kanser jenis lain di masa lalu.
Bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami salah satu faktor risiko ini akan mendapat lymphoma dan tidak semua penghidap lymphoma akan mengalami faktor risiko yang dinyatakan.
Secara amnya, ada dua jenis lymphoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin lymphoma. Hodgkin lymphoma adalah sejenis lymphoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal. Berikutan ada lebih 30 sub jenis lymphoma, rawatan dan prognosis berbeza berdasarkan sub jenis kanser darah ini.

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan
dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai.
Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi,
kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan
sel stem dan pembedahan.
Menariknya, sesetengah pesakit leukemia dan lymphoma tidak memerlukan rawatan. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak memerlukan rawatan segera tetapi perlu menjalani terapi selepas beberapa tahun serta ada juga yang memerlukan rawatan segera. Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis lymphoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.

No comments:
Post a Comment