Wednesday, November 28, 2012

My Special Day - 19 Nov 2012

19 Nov 2012 - Genap lah usia ku 25 tahun....Ya Allah, ku bersyukur kerana Engkau masih memberiku peluang untuk menikmati hidup di Dunia Mu yang sementara ni... Semoga aku dapat teruskan hidup ini dengan gembira bersama keluarga, teman² dan insan tersayang ... (Eh, ada ke insan tersayang nie???? hahahaha.... ) dan sentiasa melakukan kebaikan dan mengingati Mu.... Tidak lupa juga, terima kasih diucapkan kepada semua keluarga & teman² yang ingat birthday saya... Hadiah & ucapan yang diberikan amat bermakna buat saya... Terima kasih juga pada yang mendoakan yang baik² untuk saya... Tp, pada yg mendoakan yang x berapa nak baik tue.. terima kasih juga la... Sesungguhnya hanya Allah yang mampu membalas semua kebaikan kalian kepada saya... Hmmm... Nampak gambar kat atas tue... tue la hadiah daripada teman & keluarga saya... Semua cantik... saya suka... (^_^) Selama seminggu (19.11.12 - 24.11.12) saya bercuti dan menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di Kota Kinabalu, Tamparuli, Tuaran, Kundasang & Ranau (Hot Spring) ... Dapat juga la tenangkan fikiran daripada kesibukkan kerja... Oklah sampai sini dulu, ada masa saya update Blog saya lagi... Peace No War... Love You All.....

Saturday, August 25, 2012

Kisah Abang & Adik Tentang Berdoa (^_^)

(Dipetik dari FB seorang kawan)

Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.

Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.
Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.
Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.
Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:
“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.
Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.
Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.
Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.
Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas itu tertulis: Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku
MasyaALLAH

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.
"Aku buat beginilah yang jadi begini."
"Doa aku makbul seh!"
"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun."
Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.
Semoga Allah redha dengan kita.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sikap takbur walaupun sebesar debu.” (Hadis riwayat Muslim)

Wednesday, July 11, 2012

Resepi Jus Anti Kanser

Mengambil jus setiap hari adalah satu langkah yang mudah dan sihat serta cara alami merawat kanser dengan meningkatkan sistem imunisasi badan. Di samping itu zat-zat  dan antioksidan yang terdapat didalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar bersifat antikanser.

Namun diet jus ini tidak disesuai untuk pesakit kanser yang sedang menjalani chemotherapy kerana, badan meraka berada dalam keadaan lemah dan sistem imunisasi tidak begitu kuat untuk melawan penyakit jika terdapat bakteria pada bahan-bahan segar yang dibuat jus.
Anda harus berhati-hati untuk membuat jus, pastikan  buah-buahan dan sayur-sayuran yang digunakan untuk membuat jus di basuh bersih-bersih supaya tidak terdapat kesan racun serangga yang melekat padanya.

Anda boleh mencampurkan pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar untuk membuat jus. Pastikan anda menggunakan hanya air yang telah ditapis  (dinyah klorin) atau air mineral untuk membuat jus. Jangan tambah gula kerana gula merangsang pertumbuhan kanser, sebaliknya gunakanlah stevia atau madu liar jika perlu.

Ada juga pesakit kanser yang suka mencampurkan sekali kekacang seperti biji aprikot , badam atau walnut ke dalam jus. Jus begini amat baik di ambil sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan. Misalnya setiap pagi, tengahari, dan malam sebelum waktu makan.

Berikut adalah beberapa resepi jus yang anda boleh cuba.

Just Anti Kanser 1

1 biji Ubi bit
1 biji lobak
3 kepala brokoli dan batangnya
1 batang saderi
1/2 biji kentang
1/2 inci halia
1 biji epal bersama bijinya sekali (biji epal mengandungi vitamin b17)

Basuh semua bahan bersih-bersih dan masukkannya ke dalam blender. Jika ia berasa pelik, perahkan sedikit limau nipis kedalam jus. Jika ia terlalu pekat tambahkan sedikit air atau timun untuk mencairkannnya.

Jus Anti Kanser 2

3 biji tomato
1 batang saderi
1 batang timun
sedikit stevia atau madu liar
sedikit lada benggala
sedikit garam laut untuk rasa

Jus Campuran

Sebiji epal dengan bijinya sekali (biji epal mempunyai vitamin b17)
Lobak merah
sedikit timun
sedikit air limau nipis

Jus Delima (kaya dengan antioksidan)

Blend buah delima bersama biji-bijinya

Selain daripada itu, jus rumput gandum (wheatgrass) yang tinggi alkali  amat baik sebagai rawatan kanser alternatif.  Marilah sama-sama mengamalkan resepi jus anti kanser ini untuk meningkatkan sistem imunisasi badan kita bagi  menentang penyakit kronik seperti kanser.

Kenali Lymphoma

RASA demam, letih, lesu, kurang selera makan dan hilang berat badan secara mendadak mungkin dianggap tanda penyakit biasa. Namun, berjaga-jaga kerana ia mungkin gejala awal kepada penyakit lebih serius seperti barah darah yang dikenali sebagai Lymphoma. 




Lymphoma adalah sejenis kanser darah yang bermula dari sel sistem imun dipanggil lymphocytes. Seperti kanser lain, lymphoma berlaku apabila lymphocytes berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Lymphocytes adalah sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir yang dikenali sebagai limfa. Ia diedar oleh rangkaian saluran yang membentuk sistem limfa iaitu sebahagian daripada sistem imun. Sistem limfatik (berfungsi melawan jangkitan atau anasir yang membahayakan tubuh) juga merangkumi nodus limfa yang wujud di seluruh tubuh bagi menyaring limfa yang mengalir melaluinya.

Nodus limfa bengkak dan menjadi lembut apabila sejumlah besar organisma mikrobial terperangkap di dalamnya. Ini menunjukkan wujudnya jangkitan. Lymphocytes tidak normal terkumpul di dalam satu atau lebih nodus limfa atau tisu limfa seperti limpa atau tonsil dan lama-kelamaan membentuk kelompok sel yang dipanggil tumor.

Tumor tumbuh dan merebak di kawasan sekitar tisu dan organ, seterusnya mengganggu bekalan oksigen dan nutrien. Jika lymphocytes tidak normal bergerak dari satu nodus limfa atau pada organ lain, kanser akan merebak.  

Dalam kes pesakit lymphoma yang beralih kepada leukemia, pesakit perlu faham bahawa leukemia bermula dari darah dan lymphoma pula dari nodus limfa. Tetapi ada juga lymphoma yang bermula dari darah dan ia dikenali sebagai lymphoma leukemia tetapi keadaan ini masih tidak begitu jelas. 

Leukemia atau lymphoma tidak akan menunjukkan sebarang gejala pada peringkat awal. Bagaimanapun, lama kelamaan apabila ia semakin merebak leukemia dan lymphoma boleh menghasilkan gejala yang seakan sama.



Pesakit akan merasa lesu, berpeluh waktu malam, sakit atau bengkak di bawah rusuk, terutama bahagian kiri, sesak nafas, ruam atau gatal pada kulit.

Individu terbabit juga mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan, perut dan groin, demam atau jangkitan yang tidak dapat dijelaskan, sakit dada, perut atau tulang yang tidak dapat dijelaskan serta berat badan turun mendadak, sehingga kini, banyak kes lymphoma masih tidak dapat dijelaskan puncanya.


Bagaimanapun, keadaan dan karakter tertentu mampu mempertingkatkan risiko penyakit ini. Antaranya keadaan yang melemahkan sistem imun termasuk rheumatoid arthritis, psoriasis dan HIV dan AIDS. Selain itu, kecelaruan imun yang diwarisi seperti hypogammaglobulinemia atau sindrom Wiskott-Aldrich, jangkitan lalu seperti virus Epstein-Barr serta pemindahan organ yang membabitkan pengambilan dadah yang melemahkan sistem imun, usia, bangsa dan jantina.
Ini termasuk individu yang memiliki sejarah keluarga penghidap lymphoma dan pernah menjalani rawatan untuk kanser jenis lain di masa lalu.

Bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami salah satu faktor risiko ini akan mendapat lymphoma dan tidak semua penghidap lymphoma akan mengalami faktor risiko yang dinyatakan.

Secara amnya, ada dua jenis lymphoma iaitu Hodgkin lymphoma (HL) dan Non-Hodgkin lymphoma. Hodgkin lymphoma adalah sejenis lymphoma tertentu dengan potensi sembuh yang tinggi manakala Non-Hodgkin lymphoma (NHL), yang lebih biasa berlaku apabila sistem limfatik menghasilkan limfatik yang tidak normal. Berikutan ada lebih 30 sub jenis lymphoma, rawatan dan prognosis berbeza berdasarkan sub jenis kanser darah ini. 

Dari segi rawatan, pakar perubatan akan menjalankan semua pemeriksaan dan ujian sebelum menentukan tahap penyakit dan jenis rawatan sesuai. Antara rawatan yang disediakan adalah terapi biologik atau imunoterapi, kemoterapi, terapi sasaran, terapi steroid, terapi radiasi, pemindahan sel stem dan pembedahan.

Menariknya, sesetengah pesakit leukemia dan lymphoma tidak memerlukan rawatan. Ada juga sesetengah pesakit yang tidak memerlukan rawatan segera tetapi perlu menjalani terapi selepas beberapa tahun serta ada juga yang memerlukan rawatan segera. Semua rawatan yang diberi bergantung penuh kepada kriteria pesakit, tahap penyakit, jenis lymphoma dan tahap kesihatan pesakit ketika itu.

CIRI-CIRI SUAMI YANG BAIK


"Semoga dikurniakan suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat."

Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh, mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita? Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumahtangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah SWT.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah SWT. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi, lelaki soleh akan menyuruh, malah kekadang sehingga memaksa isterinya untuk menunaikan solat. 

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. Jadi, suami yang soleh tidak akan sekali-kali membenarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Juga berhias dan ber'make-up' tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri menututp aurat. Tetapi ada isteri yang kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dahulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi apabila doa anda dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!


***********************************************************************************

10 Sifat Calon Suami Yang Baik 

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

***********************************************************************************

Pesanan:

seorang lelaki yang BERIMAN lelaki tersebut TIDAK AKAN

1.TIDAK AKAN mengajak anda ke pusat-pusat hiburan yang melalaikan

2.TIDAK AKAN berani pergi ber"dataing" dan bercouple berdua-duaan

3.TIDAK AKAN membonceng bersama2 dengan kekasih

4.TIDAK AKAN besenang-senang dengan wanita yang bukan muhrim

5.TIDAK AKAN mengajak keluar bersama2 pergi ke pasaraya, menonton wayang,
makan berdua-duaan dan sebagainya

6.TIDAK AKAN berani menyentuh tangan dan tubuh badan seorang wanita

7.TIDAK AKAN berani mengajak anda melakukan aksi ringan-ringan

8.TIDAK AKAN berani melakukan ZINA

SEKIRANYA 8 CIRI2 INI ADA PADA PASANGAN ANDA...KETAHUILAH BAHAWA LELAKI TERSEBUT TERGOLONG DALAM 10 SIFAT CALON SUAMI YANG BAIK-BAIK AKAN TETAPI SEKIRANYA SEBALIKNYA MAKA LELAKI TERSEBUT BUKANLAH TERMASUK DARI 10 CIRI2 TERSEBUT...

KEPADA WANITA JADIKAN DIRI ANDA BIJAK MEMBUAT PILIHAN

Saturday, May 26, 2012

Love In Perth


Love in Perth : Kisah Cinta Si Moody, Si Sombong, dan Si Bijaksana

Apa jadinya jika 3 penyanyi disatukan dalam satu film? Ternyata mereka bisa jadi saling membenci bahkan jadi saling mencinta. Mereka adalah Gita Gutawa, Derby Romero, dan Petra Sihombong, yang dipertemukan dalam film Love in Perth. Dalam film garapan Findo Purwono tersebut, ketiga musisi itu menggambarkan kisah percintaan di kota Perth, Australia.

Berawal dari pertemuan Lola (Gita Gutawa) seorang cewek cantik berusia 16 tahun yang mendapat beasiswa sekolah di Perth, Australia dengan Dhany (Derby Romero) seorang cowok senior, tajir, dan keren. Pertemuan mereka berdua yang satu sekolah itu tidak pernah terhindarkan dari pertengkaran. Namun lambat laun hubungan Lola dan Dhany menjadi berubah, mereka makin lama justru saling menyukai.

Love in Perth yang merupakan film garapan Findo Purnowo ini menyajikan suatu tontonan drama romantis ala remaja kini. Namun yang menjadi berbeda adalah ketika Findo menyatukan 3 penyanyi dalam satu film. Dalam film produksi MD Pictures inilah ketiga penyanyi tersebut saling unjuk gigi bahwa mereka bisa berakting dengan baik.

Pemilihan pemain untuk mengisi tiap karakter terasa sangat proporsional. Gita Gutawa dengan karakternya sebagai cewek manis, pintar, taat ibadah, moody, dan mempunyai idealis yang tinggi. Derby Romero yang menunjukkan sikapnya sebagi cowok yang sombong, egois, dan angkuh. Lalu Petra Sihombing sebagai cowok yang bijaksana, masing-masing berhasil menggambarkan karakter tersebut dengan baik.


Tentunya Findo tidak lupa untuk membalut filmnya dengan keindahan kota Perth. Rasanya ia tidak salah memilih kota Perth untuk lokasi syuting film yang ditulis oleh Titin Watimena ini. Mata Anda akan dimanjakan dengan berbagai pemandangan kota Perth dengan keindahan pantai dan tamannya.


Yang patut di acungi jempol lagi, Findo berhasil mengemas film ini untuk bisa dinikmati oleh remaja dengan pesan moral positif. Dengan pesan moral yang tepat sasaran untuk anak remaja sekarang, dan tanpa adegan esek-esek, buka-bukaan, ataupun hal vulgar lainnya. Jadi cukup tepat jika film ini dijadikan sebagai film yang mengawali tahun baru Anda. Love in Perth bisa Anda saksikan di bioskop mulai 30 Desember 2010.

 

Sunday, May 20, 2012

Gita ft Derby - Cinta Takkan Salah


I love this song.... cinta saling melengkapi... kita tida perlu menjadikan diri kita sempurna seperti yang 'dia' impikan... tapi, kita perlu saling melengkapi untuk menjadikan kita dan 'dia' pasangan yang sempurna.... 




Ku kira benar, kau kira salah
Cinta berbeda kita tak sama
Tak pernah searah

Ku bilang iya, kau bilang tidak
Selalu begitu tak pernah setuju
Tak pernah menyatu

Namun ternyata tak pernah ku kira
Di sini kita memulai cerita

Reff:
Perbedaan jadi tidak berarti
Karena hati telah memilih
Di mataku kita berdua satu
Apapun yang mengganggu
Cinta takkan salah

Ku ingin yang ini, ku ingin yang lain
Coba tuk mengerti, coba tuk pahami
Saling melengkapi

Kini ternyata tak pernah ku kira
Di sini kita memulai cerita

Repeat reff [2x]